Sembang Santai...

Terimbau kenangan kecil-kecil dulu.Setiap kali musim buah-buahan saya akan mengikut arwah nenek ke sulap (sulap ialah bahasa Dusun yang bermaksud pondok kecil).Dan setiap hari jumaat pulang sahaja dari sekolah,saya bergegas menukar pakaian dan memberitahu mak saya nak ke sulap.Mak memang dah faham bila musim buah-buahan macam ni saya sering meluangkan  dan menghabiskan masa cuti sekolah dengan nenek di dusunnya.Kadang-kadang tu nenek terkejut bila ternampak saya dah tercegat depan sulapnya.Yalah..zaman kecil-kecil saya dulu mana ada handphone,boleh call nenek dulu nak pergi ke dusunnya..kalau ada pun hanya beberapa orang sahaja yang memiliki tapi itu pun biasanya orang-orang yang berkemampuan sahaja.

Dan selalunya nenek akan soal siasat saya dan biasa jawapan yang saya beri saya rindukan nenek lah..mak tak marah pun,saya dah minta izin mak..dan atuk pula hanya tersengih mendengar jawapan saya tu.Biarlah..kata atuk.Ada juga yang bantu nenek awak petik rambutan.Aku tersenyum..memang bab-bab memetik buah ni kesukaan aku.Bermalam di sulap di dusun ni cuaca memang dingin.Tambahan sulap atuk yang hanya berlantai dan berdindingkan bambu jadi senanglah angin malam mencuri masuk di celah-celah lubang lantai dan dinding.Subuh pula dikejutkan dengan kokokan ayam peliharaan nenek,biasanya atuk dan nenek dah bangun dah.Hanya aku je yang masih berselimut kedinginan pagi-pagi macam ni.Dan neneklah yang kejutkan saya untuk bangun,kadang-kadang rasa malas nak bangun awal subuh-subuh camni tapi terpaksalah juga bangun awal walaupun mata masih kuyu sebab nenek kalau dah membebel pot pet pot pet pot pet...


Mamai-mamai tu gagahkan juga diri bawa sabun ke lokos (anak sungai) yang berhampiran dengan sulap nenek.Cuci muka pepagi camni rasa terus segar.. apa taknya airnya yang dingin membuatkanku menggigil juga.Fuhh..sejuk cam ais je..tapi seronok juga apabila nampak anak-anak ikan bebas berenang-renang di kolam kecil yang nenek bentukkan dari susunan batu-batu kecil.Airnya yang bersih dan jernih tu membolehkan kita nampak terus ikan-ikan 
menyusup dan keluar dari celah-celah batu dan daun-daun kayu yang dah lama termendap dalam air.Usai cuci muka saya bergegas balik semula ke sulap.Nenek dah sediakan sarapan.Ubi manis rebus dengan kopi adalah kebiasaan menu sarapan pagi nenek.Sedap...makan camtu je pun sedap.Dahlah tu..walaupun namanya sama iaitu ubi manis, tapi ada juga beza..ada warna putih,warna merah-merah jambu dan warna ungu.Ni warna-warna ubi manis yang biasa saya nampak nenek tanam. Cuma yang warna ungu tu bagi saya lebih menonjol dan cantiklah sebab lebih terang warnanya daripada warna ubi manis yang lain.Tapi rasanya sama je pun.. manis.. dah nama pun ubi manis kan.. hehe

Nampak atuk bersiap-siap dengan basungnya, saya pun bergegas mengambil basung saya dan mengikut atuk dari belakang. Nenek kemudian ikut di belakang.Ikut atuklah nak petik buah apa, sebab kat dusun atuk ni ada macam-macam jenis buah-buahan.Rambutan,durian,langsat,manggis,cempedak,mata kucing,terap.. semuanya masak ranum dengan buahnya yang lebat.Sebab tu buah-buah ni kena petik habis secepat mungkin kalau tak.. sayanglah habis jatuh dan buruk sebab dah terlalu masak buah tu.Sekali petik dan kumpul adalah 2/3 basung penuh buah-buahan.Kadang-kadang tu pak cik-pak cik amik cuti balik tolong nenek dan atuk petik buah. Saya pun tolong-tolonglah juga..hehe..walaupun kudrat kecilku tak seberapa nak bantu banyak. Pergi pasar ikut lagi nenek jual buah tu..dapatlah upah.
Haa.. tu yang saya suka tu.. hihihi

Okey..sekian untuk coretan pertama saya ni..alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi membaca 😊 InshaAllah saya akan tulis lagi entry seterusnya..


Sembang Santai...

0 comment... add one now